Monday, March 23, 2009

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK & SANGAT-SANGAT



Saya Hafiz & Suzi ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan -kawan,saudara-saudara dan tuan-puan sekalian diatas kehadiran ke persandingan majlis perkhawinan kami,kehadiran anda semua adalah doa bagi kebahgiaan dan ikatan kehidupan kami amin.....

Tuesday, March 3, 2009

Glamour nya Runner club

Disebabkan terdapat 4 event yang dianjurkan pada tarikh yang sama iaitu KL Towerthonm, UPM run, Larian Puncak Perdana dan Larian Melati, UiTM Runners Club (URC) terpaksa menghantar wakil bagi setiap event yang dipertandingkan pada 1 MAC 2009. Ini adalah sesuatu yang menarik sejak UiTM Runners Club (URC) ditubuhkan dan menunjukkan URC mempunyai ahli-ahli yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama kelab seterusnya nama UiTM MALAYSIA. Tahniah semua......

KURSUS KEPIMPINAN REKREASI TAHAP I 2008


Bersyukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, Program ini telah selesai dan berjaya ditamatkan dengan jayanya. Segala usaha dan kerjasama yang erat daripada barisan penganjur yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan objektif dan matlamat program.
Tahniah kepada semua pelajar yang menyertai kursus ini yang telah berjaya menghabiskan segala aktiviti yang dijalankan dengan lulus segala ujian yang deberi,TAHNIAH skali lagi......Insaallah kursus ini akan diadakan pada semesta depan diatas permintaan yang ramai yang benar minat dengan ilmu rekreasi
Program seumpama ini, seharusnya sentiasa diadakan bagi melatih dan melahirkan lebih ramai penuntut IPT terutama pelajar UiTM yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan yang berjaya dimasa hadapan. Program yang dijalankan ini banyak memfokuskan kepada aspek-aspek memotivasikan diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Program ini juga dapat membantu pihak Pusat Sukan melahirkan pelajar yang berpengalaman dan berpendidikan luas dalam rekreasi luar. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman akan diperoleh oleh pelajar sedikit sebanyak dapat dicurahkan kepada generasi yang akan datang