Friday, August 28, 2009

Majlis Anugerah Insentif Sukan






Majlis anugerah ini telah dirasmikan pengarah pembanggunan pelajar iaitu Prof Madya Rosmin Talib,lebih 20 anugerah yang disampaikan salah satunya adalah sukan saya iaitu softball dan kayak,nampaknya sukan ini semakin berkembang walaupun tak segelamor sukan2 yang lain kerana telah menjadi juara peringkat universiti...maju lah sukan untuk semua.

Thursday, August 20, 2009

Selesai Sukan Antara Fakulti 2009

Selesai sudah kejohanan Sukan Antar Fakulti 2009 yang diakhiri Sukan Bowling di Sunway Piramid pada 19 Ogos 2009,Dan Juara Keseluruhan Sukan Antara Fakulti 2009 telah dimenangi oleh............Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ini memang tidak asing lagi bekas fakulti saya tu....Takniah lah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Good Job lah..... beb.....

Wednesday, August 19, 2009

Suzi dijangkiti H1N1

Pada mulanya suzi hanya demam biasa,so tak nak nak fikir sampai kena H1N1 kan...lebih kurang seminggu lah jugak demam.Than lepas tu badan dia panas sgt sampai mencecah 42 dajah... + batuk,muntah,flu,sakit sendi dan lemah satu badan sampai tak leh nak jalan.Lepas tu saya hantar suzi ke DEMC dan keputusannya kemungkinan dijangkiti H1N1 dan doc mencadangkan saya hantar suzi ke PPUM...terus je saya hantar ke PPUM untuk pemeriksaan awal dan suzi sekarng nei di kuarantin selama 6 hari diatas serangan jangkitan H1N1...serius YA ALLAH terkujut saya mendengarnya...Masa hantar kat bilik rawatan tidak sape pun dibenarkan masuk...coz tempat tu senang je nak dijangkiti sape-sapa,setiap pesakit diletakkan di bilik yang berasingan dan tertutup.so harap kawan-kawan yang lain mendoakan Suzi isteri saya agar dipulihkan segera dan sihat seperti sediakala termasuklah baby yang dalam kandungan.somoga allah memberkati usaha doa anda untuk kita semua amin.....

Wednesday, August 12, 2009

ANNUAL MALAYSIA – THAILAND VARSITY GAMES 2009






UiTM telah menghantar pasukan Futsal Wanita dan Sepak Takraw Lelaki dalam Sukan Annual Malaysia-Thailand Varsity Games 2009.Seramai 24 orang permain iaitu Futsal wanita 10 orang dan Sepak Takraw lelaki 12 orang telah didaftarkan. Pasukan Futsal wanita diketuai oleh saya sendiri sebagai Pengurus Pasukan dan En. Saidin Osman sebagai Jurulatih Pasukan dan Pasukan Sepak Takraw lelaki diketuai oleh En. Mohd Fisol Hj. Saud sebagai Pengurus Pasukan dan En Abdul Rahim Hussien sebagai Jurulatih Pasukan.
Ini adalah kali pertama saya menjejak kan diri ke negara jiran,memang best kebudayaan di Thailand macam -macam yang saya dapat sepanjang berada di Thailand. Tujuan kami semua kesana adalah kerana menyertai perlawanan persahabatan dengan Universiti sukan terbaik di Thailand iaitu Burapha Universiti,Burapha universiti merupakan unuversiti yang berjaya didalam arena sukan dikalangan universiti yang lain kerana universiti ini banyak melahirkan atlet-atlet negara meraka dan universiti ini juga mempunyai Fakulti sains sukan yang terbaik .Disamping itu juga tujuan perlawanan ini diadakan adalah, kita dapat mengeratkan siratulrahim diantara pelbagai kaum dan bangsa,hadiah kecermelangan sukan kepada pasukan yang berjaya di sukan MASUM dan kerjasama pengeratan sukan diantara 2 negara Malaysia - Thailand.