Thursday, October 15, 2009

Pertama kali beraya bersama Isteri tersayang di Melaka







Dulu bujang sekarang dah berdua dah nak masuk betiga pulak dah nei... my baby boy.....insaallah bulan dua,doa2 selamt lah semuanya......isteri saya memang tak rasa janggal pun beraya kat Melaka coz suzi memang dah biasa dengan keluarga saya b4 kami khawin lagi so tak da masalah pun.... cuma suzi masih belum kenal ramai lg saudara saudara ku yang lain sama lah mcm saya gak....masa hari raya ari tu pun cian kat suzi yang sarat mengandung bawak my baby yang comel.....so dia tak leh lah nak gerak2 sangat.., masa raya ari tu sempat lah kami g umah jijah best fren kat UiTM dulu....jijah dah ada umah baru cun gak umah dia....so raya tahun nei kat umah saya than raya aji kat kelantan plak so tahun depan kat mane lah plak....?

VASITY BOAT RACE






Sekali lgi saya membawa pasukan UiTM kejohanan kayak kali ini di peringkat antara bangsa.Saya rasa berpuas hati pada kejohanan kali ini kerana UiTM mendapat cabaran dari Universiti luar negara.Kejohanan kali ini telah banyak memberi kesedaran kepada atlit dan pengurusan. Di antara faktor lain yang harus di titik beratkan ialah, kemajuan dan peningkatan pasukan IPT lain yang semakin ketara seperti MSPM,UAIM dan UTHM yang dahulunya agak ketinggalan. Pasukan – pasukan yang menjadi pilihan dalam sukan ini seperti UM, UTM dan UPSI juga agak tergugat dengan peningkatan pasukan yang tersebut di atas, banyak keputusan yang tidak di jangka telah berlaku dalam kejohanan kali ini.Malahan ada juga jemputan dari Universiti luar negara seperti Ateneo Universiyi Filipina, Burapha Universiti Thailand , Chaiang Mai Universiti Thailand , Kasetsart Universiti Thailand dan Universitas Pendidikan Indonesia yang banyak memberi saingan pada Universiti yang lain.

Oleh yang demikian UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan di perkecilkan oleh pasukan dalam negara mahupun luar negara. Beberapa program pembangunan telah di rancang dan bakal di laksanakan pada semester akan datang bagi memastikan UiTM menjadi salah satu pasukan yang tidak boleh lagi di pandang rendah pada kejohanan akan datang Di harapkan pihak pengurusan terus memberi peluang dan kepercayaan serta menyokong usaha ini demi memastikan UiTM cemerlang dalam semua bidang sukan.


Atlit UiTM

-Aizuddin Ahmad Imran & Mohd Nasrul Mohd Nasser Men Touring Kayak Double (MTK2)
1000 meter Final – Rank 6
-Siti Sharifah Anuar Women Touring Kayak Single (WTK1)500 meter Local
Universities Silver
-Norhafizi Ishak Men Touring Kayak Single (MTK1)500 meter
-Faizah Firdaus fauzi Women Kayak Single (WK1)500 meter
International Invitation Universities – Bronze
Local Universities - Silver
-Mohd Asirullah Kamar & Adam b Idris Men Kayak Double (MK2)1000 meter
International Invitation Universities-Gold
Local Universities - Gold
-Mohamad Halim salleh Men Kayak Single (MK1)1000 meter
International Invitation Universities – Bronze
Local Universities - Silver