Wednesday, June 2, 2010

Karnival Sukan Air MASUM






UiTM telah menghantar 1 pasukan Rowing dan 1 pasukan Kayak lelaki / wanita. Seramai 40 orang peserta telah didaftarkan dalam kejohanan pada kali ini dan diketuai oleh En Mohd Hafiz b.Tahar, Mohd Fauzi Zainudin dan Adi Syamzari Shohaimi.

Mohammad Darwish Danish Bin Mohd Hafiz






itulah dia anak aku yang telah dilahirkan pada 4 Feb 2010 di PPUM jam 12.30 malam...
payah gak dia nak kuar coz suzi (bini aku) lame gak duk dalam hospital around 7 hari lah gak....tak pe lah.. anak aku nye pasal tak da halnya papa tunggu.yang penting semuanya selamat baby dan suzi alhamdullillah tak ape yang belaku semua ok....syok lah dah jadi papa nei

salam semua....

dah lam saya tak bersua dengan kawan2 yang lain...maklumlah sibuk sangat sampai lupa nak update cite2 baru.....

Thursday, February 4, 2010

NATIONAL PAINTBALL LEAGUE



UiTM telah menghantar pasukan paintball di kejohanan malaysia paintball league di astaka PJ. pada mulanya UiTM telah menjadi juara kumpulan, bila sampai di semi final kite tumpas dengan pasukan juara division 4 tahun 2009,its ok nasib tak menyebelahi kami.kalah sekali tak bermakna kalah buat selama-lamanya.kami akan bertanding semula di melaka pada bulan 4 nanti tunggu melaka....aku gegar ko..

ANAK KU


alhamdulillah isteriku telah selamat melahirkan anak lelaki pada jam 12.15 malam di PPUM.akhirnya aku menjadi seorang bapa...betapa seronaknya aku melihat raut wajah anak aku aduh comel nya....

Monday, January 11, 2010

SUKAN AIR KPT BORNEO 2010



UiTM telah menghantar pasukan Kayak dalam Kejohanan Sukan Air IPT Borneo 2010Seramai 5 orang permain telah didaftarkan dan diketuai oleh saya sendiri sebagai Pengurus Pasukan

1TARIKH : 09 hingga 10 Januari 2010
2TEMPAT : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.

Kejohanan kali ini telah banyak memberi kesedaran kepada atlit dan pengurusan. Di antara faktor lain yang harus di titik beratkan ialah, pasukan UiTM telah merangkul pingat emas keseluruhan acara yang depertandingkan dan memecah dominasi bagi kejuaraan sukan air diperingkat Borneo. Pasukan – pasukan yang menjadi pilihan dalam sukan ini seperti UNIMAS, UMS dan Politeknik juga agak tergugat dengan peningkatan pasukan UiTM, banyak keputusan yang tidak di jangka telah berlaku dalam kejohanan kali ini. Kemajuan dan peningkatan pasukan UiTM yang semakin ketara telah membuktikan atlet ini juga boleh bersaing diperingkat antarabangsa nanti. Malahan ada juga jemputan dari Universiti luar seperti UPSI, UTM dan UPM tetapi telah menarik diri disaat akhir.

Oleh yang demikian UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan di perkecilkan oleh pasukan yang lain hingga telah merangkul sebanyak 9 emas dalam 10 acara yang dipertandingkan dan menjadi johan keseluruhan sukan ari IPT Borneo 2010. Beberapa program pembangunan telah di rancang dan bakal di laksanakan pada semester akan datang bagi memastikan UiTM menjadi salah satu pasukan yang tidak boleh lagi di pandang rendah pada kejohanan akan datang Di harapkan pihak pengurusan terus memberi peluang dan kepercayaan serta menyokong usaha ini demi memastikan UiTM cemerlang dalam semua bidang sukan.

alfatihah


semoga arwah makngah dimasukan didalam golongan2 org yang beriman dan bertakwa,arwah telah meninggal pada 1 januari 2010 kerana sakit kencing manis....