Monday, January 11, 2010

SUKAN AIR KPT BORNEO 2010



UiTM telah menghantar pasukan Kayak dalam Kejohanan Sukan Air IPT Borneo 2010Seramai 5 orang permain telah didaftarkan dan diketuai oleh saya sendiri sebagai Pengurus Pasukan

1TARIKH : 09 hingga 10 Januari 2010
2TEMPAT : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak.

Kejohanan kali ini telah banyak memberi kesedaran kepada atlit dan pengurusan. Di antara faktor lain yang harus di titik beratkan ialah, pasukan UiTM telah merangkul pingat emas keseluruhan acara yang depertandingkan dan memecah dominasi bagi kejuaraan sukan air diperingkat Borneo. Pasukan – pasukan yang menjadi pilihan dalam sukan ini seperti UNIMAS, UMS dan Politeknik juga agak tergugat dengan peningkatan pasukan UiTM, banyak keputusan yang tidak di jangka telah berlaku dalam kejohanan kali ini. Kemajuan dan peningkatan pasukan UiTM yang semakin ketara telah membuktikan atlet ini juga boleh bersaing diperingkat antarabangsa nanti. Malahan ada juga jemputan dari Universiti luar seperti UPSI, UTM dan UPM tetapi telah menarik diri disaat akhir.

Oleh yang demikian UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan di perkecilkan oleh pasukan yang lain hingga telah merangkul sebanyak 9 emas dalam 10 acara yang dipertandingkan dan menjadi johan keseluruhan sukan ari IPT Borneo 2010. Beberapa program pembangunan telah di rancang dan bakal di laksanakan pada semester akan datang bagi memastikan UiTM menjadi salah satu pasukan yang tidak boleh lagi di pandang rendah pada kejohanan akan datang Di harapkan pihak pengurusan terus memberi peluang dan kepercayaan serta menyokong usaha ini demi memastikan UiTM cemerlang dalam semua bidang sukan.

alfatihah


semoga arwah makngah dimasukan didalam golongan2 org yang beriman dan bertakwa,arwah telah meninggal pada 1 januari 2010 kerana sakit kencing manis....