Thursday, October 15, 2009

Pertama kali beraya bersama Isteri tersayang di Melaka







Dulu bujang sekarang dah berdua dah nak masuk betiga pulak dah nei... my baby boy.....insaallah bulan dua,doa2 selamt lah semuanya......isteri saya memang tak rasa janggal pun beraya kat Melaka coz suzi memang dah biasa dengan keluarga saya b4 kami khawin lagi so tak da masalah pun.... cuma suzi masih belum kenal ramai lg saudara saudara ku yang lain sama lah mcm saya gak....masa hari raya ari tu pun cian kat suzi yang sarat mengandung bawak my baby yang comel.....so dia tak leh lah nak gerak2 sangat.., masa raya ari tu sempat lah kami g umah jijah best fren kat UiTM dulu....jijah dah ada umah baru cun gak umah dia....so raya tahun nei kat umah saya than raya aji kat kelantan plak so tahun depan kat mane lah plak....?

VASITY BOAT RACE






Sekali lgi saya membawa pasukan UiTM kejohanan kayak kali ini di peringkat antara bangsa.Saya rasa berpuas hati pada kejohanan kali ini kerana UiTM mendapat cabaran dari Universiti luar negara.Kejohanan kali ini telah banyak memberi kesedaran kepada atlit dan pengurusan. Di antara faktor lain yang harus di titik beratkan ialah, kemajuan dan peningkatan pasukan IPT lain yang semakin ketara seperti MSPM,UAIM dan UTHM yang dahulunya agak ketinggalan. Pasukan – pasukan yang menjadi pilihan dalam sukan ini seperti UM, UTM dan UPSI juga agak tergugat dengan peningkatan pasukan yang tersebut di atas, banyak keputusan yang tidak di jangka telah berlaku dalam kejohanan kali ini.Malahan ada juga jemputan dari Universiti luar negara seperti Ateneo Universiyi Filipina, Burapha Universiti Thailand , Chaiang Mai Universiti Thailand , Kasetsart Universiti Thailand dan Universitas Pendidikan Indonesia yang banyak memberi saingan pada Universiti yang lain.

Oleh yang demikian UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan di perkecilkan oleh pasukan dalam negara mahupun luar negara. Beberapa program pembangunan telah di rancang dan bakal di laksanakan pada semester akan datang bagi memastikan UiTM menjadi salah satu pasukan yang tidak boleh lagi di pandang rendah pada kejohanan akan datang Di harapkan pihak pengurusan terus memberi peluang dan kepercayaan serta menyokong usaha ini demi memastikan UiTM cemerlang dalam semua bidang sukan.


Atlit UiTM

-Aizuddin Ahmad Imran & Mohd Nasrul Mohd Nasser Men Touring Kayak Double (MTK2)
1000 meter Final – Rank 6
-Siti Sharifah Anuar Women Touring Kayak Single (WTK1)500 meter Local
Universities Silver
-Norhafizi Ishak Men Touring Kayak Single (MTK1)500 meter
-Faizah Firdaus fauzi Women Kayak Single (WK1)500 meter
International Invitation Universities – Bronze
Local Universities - Silver
-Mohd Asirullah Kamar & Adam b Idris Men Kayak Double (MK2)1000 meter
International Invitation Universities-Gold
Local Universities - Gold
-Mohamad Halim salleh Men Kayak Single (MK1)1000 meter
International Invitation Universities – Bronze
Local Universities - Silver

Friday, September 11, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Terlebih dahulu saya dan Suzi mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri 2009disamping orang yang tersayang kepada kengkawan yang mengenali saya semoga anda semua menyambutnya dalam rasa kemeriahan dan kemaafan.....

Bergambar sempena persiapan Kad Raya





Friday, August 28, 2009

Majlis Anugerah Insentif Sukan






Majlis anugerah ini telah dirasmikan pengarah pembanggunan pelajar iaitu Prof Madya Rosmin Talib,lebih 20 anugerah yang disampaikan salah satunya adalah sukan saya iaitu softball dan kayak,nampaknya sukan ini semakin berkembang walaupun tak segelamor sukan2 yang lain kerana telah menjadi juara peringkat universiti...maju lah sukan untuk semua.

Thursday, August 20, 2009

Selesai Sukan Antara Fakulti 2009

Selesai sudah kejohanan Sukan Antar Fakulti 2009 yang diakhiri Sukan Bowling di Sunway Piramid pada 19 Ogos 2009,Dan Juara Keseluruhan Sukan Antara Fakulti 2009 telah dimenangi oleh............Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi ini memang tidak asing lagi bekas fakulti saya tu....Takniah lah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Good Job lah..... beb.....

Wednesday, August 19, 2009

Suzi dijangkiti H1N1

Pada mulanya suzi hanya demam biasa,so tak nak nak fikir sampai kena H1N1 kan...lebih kurang seminggu lah jugak demam.Than lepas tu badan dia panas sgt sampai mencecah 42 dajah... + batuk,muntah,flu,sakit sendi dan lemah satu badan sampai tak leh nak jalan.Lepas tu saya hantar suzi ke DEMC dan keputusannya kemungkinan dijangkiti H1N1 dan doc mencadangkan saya hantar suzi ke PPUM...terus je saya hantar ke PPUM untuk pemeriksaan awal dan suzi sekarng nei di kuarantin selama 6 hari diatas serangan jangkitan H1N1...serius YA ALLAH terkujut saya mendengarnya...Masa hantar kat bilik rawatan tidak sape pun dibenarkan masuk...coz tempat tu senang je nak dijangkiti sape-sapa,setiap pesakit diletakkan di bilik yang berasingan dan tertutup.so harap kawan-kawan yang lain mendoakan Suzi isteri saya agar dipulihkan segera dan sihat seperti sediakala termasuklah baby yang dalam kandungan.somoga allah memberkati usaha doa anda untuk kita semua amin.....

Wednesday, August 12, 2009

ANNUAL MALAYSIA – THAILAND VARSITY GAMES 2009






UiTM telah menghantar pasukan Futsal Wanita dan Sepak Takraw Lelaki dalam Sukan Annual Malaysia-Thailand Varsity Games 2009.Seramai 24 orang permain iaitu Futsal wanita 10 orang dan Sepak Takraw lelaki 12 orang telah didaftarkan. Pasukan Futsal wanita diketuai oleh saya sendiri sebagai Pengurus Pasukan dan En. Saidin Osman sebagai Jurulatih Pasukan dan Pasukan Sepak Takraw lelaki diketuai oleh En. Mohd Fisol Hj. Saud sebagai Pengurus Pasukan dan En Abdul Rahim Hussien sebagai Jurulatih Pasukan.
Ini adalah kali pertama saya menjejak kan diri ke negara jiran,memang best kebudayaan di Thailand macam -macam yang saya dapat sepanjang berada di Thailand. Tujuan kami semua kesana adalah kerana menyertai perlawanan persahabatan dengan Universiti sukan terbaik di Thailand iaitu Burapha Universiti,Burapha universiti merupakan unuversiti yang berjaya didalam arena sukan dikalangan universiti yang lain kerana universiti ini banyak melahirkan atlet-atlet negara meraka dan universiti ini juga mempunyai Fakulti sains sukan yang terbaik .Disamping itu juga tujuan perlawanan ini diadakan adalah, kita dapat mengeratkan siratulrahim diantara pelbagai kaum dan bangsa,hadiah kecermelangan sukan kepada pasukan yang berjaya di sukan MASUM dan kerjasama pengeratan sukan diantara 2 negara Malaysia - Thailand.

Tuesday, July 28, 2009

Perasmian Sukan Antara Fakulti






Shukur semua berjalan dengan lancar perasmian SAF pada malam tu...walaupun semua student telah diumumkan balik pada hari tu jugak atas sebab jankitan virus H1N1 yang telah melanda UiTM Shah Alam dan VC telah keluarkan perkeliling cuti semester dipercepatkan pada minggu itu jugak tapi student tetap memberi sokongan pada hari perasmian tersebut,dianggarkan seramai 2500 yang hadir pada hari tersebut....thank bro...kita jumpa ditahun depan SAF 2010....

PERLAWANAN PERSAHABATAN




pada 22 Julai 2009 jam 2030 di stadium UiTM Shah Alam, staf Pusat Sukan telah beraksi bersama pasukan dari Australia, Christmas Island acara persahabatan bola sepak.Memang pasukan dari Christmas Island membuat persiapan yang terbaik sehingga dapat bertarung habis-habisan dengan pasukan staf Pusat Sukan .JUMPA LAGI......

Friday, July 24, 2009

di jemput ke perasmian SAF 2009


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) UiTM 2009

Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Stadium UiTM Shah Alam


7.45malam - Ketibaan Kontinjen Perbarisan

8.15 malam - Ketibaan Tetamu Jemputan

8.40 malam - Ketibaan Y. Bhg. Prof Dato’ Dr Haji Nasuddin Othman,
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)

8.45 malam - Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah,
Naib Canselor, UiTM

8.50 malam - Ketibaan Tetamu Kehormat

8.55 malam - Nyanyian Lagu Negaraku

- Persembahan ‘Selamat Datang’

- Bacaan Doa

- Perbarisan Lintas Hormat Kontinjen

- Ucapan Aluan oleh
Y. Bhg. Prof Dato’ Dr Haji Nasuddin Othman
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)

- Ucapan Perasmian oleh
Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor UiTM

- Gimik Perasmian
- Persembahan
- Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan
- Bacaan Ikrar Kejohanan

- Tetamu Kehormat Diperkenalkan Kepada Kontinjen- Kontinjen Fakulti

- Penyampaian Cenderahati Kepada Tetamu Kehormat


- Nyanyian Lagu ‘Wawasan Setia Warga UiTM’


- Jamuan Ringan

- Majlis Bersurai

MALAKOFF DUATHLON UNIVERSITY SERIES (rank 5th)


Malakoff Universiti Duathlon Series ini diadakan pada hari Ahad (19 Julai 2009 – 9.00 pagi) bertempat di Pusat Sukan UPM, Serdang. Kira-kira 500 orang menyertai acara ini dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai kategori penyertaan seperti terbuka perseorangan, terbuka berpasukan, universiti perseorangan, dan universiti berpasukan.

Ahli UiTM Malaysia Runners’ Club (URC) bersama-sama ahli UiTM Cycling Club bertolak pada 6.10pagi dari UiTM setelah kami menunaikan solat Subuh di pusat sukan pada jam 5.50am. Acara dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi bagi kategori semua kategori sekaligus. Akan tetapi, kontinjen UiTM perlu hadir awal bagi mengambil no.bib dan juga t-shirt penyertaan. Ahli kelab melalukan ”warming up” dan ”strecthing” sebelum memulakan larian dengan tenang kerana tiba awal di tapak larian. UiTM yang hanya menghantar 5 pasukan yang terdiri dari dua pasukan lelaki, dua pasukan campuran, dan satu pasukan perempuan berjaya menamatkan perlumbaan dalam ranking ”top 10”. Ini adalah julung kalinya kerjasama antara dua kelab sukan UiTM bagi menyertai pertandingan terbuka di luar iaitu UiTM Malaysia Runners’ Club (URC) dan UiTM Cycling Club.

Monday, July 13, 2009

Tahniah Inspektor Azlan

Lan yang telah tamat PULAPOL pada 11 Julai 2009 Taniah Aku ucap kan kt hang semoga hang menjalankan tugas dengan betul cepat dan mesra ....God Job Bro.... Azlan Mokhtar, kawan aku yang pada mula nya memang payah lah kalo nak keje ngan kerajaan nei,cz dia nei memang suka keje sendiri @ pun main2 je tapi skang telah berubah menjadi seorg Pegawai Polis Yang cemerlang ...Tahniah Azlan....Sory Tak Dapat nak gi Mase ko Tamat Latihan cz ko tak g tau kat aku.... ha.... padan muka ko....

level 1 & 2 Skali lagi....






1. Tarikh : 25 Jun - 1 Julai 2009
2. Tempat : Taman Rekreasi, Ayer Keroh , Melaka
3. Masa : 6 hari 5 malam
4. Penyertaan : Seramai 30 orang pelajar UiTM
19 orang peserta lelaki
11 orang pelajar wanita

Bersyukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, Program ini telah selesai dan berjaya ditamatkan dengan jayanya. Segala usaha dan kerjasama yang erat daripada barisan penganjur yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan objektif dan matlamat program.
Program seumpama ini, seharusnya sentiasa diadakan bagi melatih dan melahirkan lebih ramai penuntut IPT terutama pelajar UiTM yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan yang berjaya dimasa hadapan. Program yang dijalankan ini banyak memfokuskan kepada aspek-aspek memotivasikan diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Program ini juga dapat membantu pihak Pusat Sukan melahirkan pelajar yang berpengalaman dan berpendidikan luas dalam rekreasi luar. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman akan diperoleh oleh pelajar sedikit sebanyak dapat dicurahkan kepada generasi yang akan datang.

Monday, June 15, 2009

TAHNIAH skali lagi Pada Atlit KAYAK UiTM


Buat pertama kali nya atlit kayak UiTM menyertai pertandingan Kayak terbuka KBS, yang melibatkan peserta dari Negeri,Kelab dan juga badan Kementerian.

Tahniah Pada yang berjaya

Kejohanan ( TK 1 500 Meter Wanita)
No Nama
1 SITI NOORAISHAH ADNAN UiTM 2;40;47;27 Emas
3 SITI SYAFIKAH ANUAR UiTM 2;51;49;27 Gangsa

Kejohanan ( TK 1 1000 Meter Lelaki)
No Nama
2 AIZUDDIN AHMAD IMRAN UiTM 5;36;00;27 Perak
4 AINUL KAMAL AINUN MUSIR UiTM 5;42;24;25

Kejohanan ( TK 2 1000 Meter Wanita)
No Nama
1 SITI SYAFIKAH ANUAR UiTM 5;47;60;27 Emas
SITI NOORAISHAH ADNAN

Sepanjang kejohanan yang dijalankan selama 3 hari pemain- pemain bermain dengan semangat. Dengan kemudahan yang cukup dan baru ini memudahkan proses pertandingan yang dijalankan. Sebagaimana yang saya lihat Putrajaya merupakan satu pusat sukan yang terbaik sekali dari segi tempat, peralatan dan juga kemudahan, ini boleh menjadikan contoh kepada mereka yang ingin kan pembaharuan untuk sukan air. Atlit berpuas hati dengan segala proses pertandingan yang dijalankan tanpa ada bantahan.

Friday, June 5, 2009

selamat Pengantin Baru...

Saya Ucap kan selamat pengantin baru pada NiNa & YantO yang telah belangsung pada bulan Mei lalu, Dan Juga kepada Sahabat... BoY Dan Isteri yang akan dilangsungkan pada Sabtu 6 Jun 2009 di Melaka ...S

KARNIVAL SUKAN AIR MASUM 2009 'TAHNIAH'






Saya ucapkan kepada semua atlet kayak yang semuanya berjaya masuk final dan berjaya mendapat 2 Emas dan 2 Perak TAHNIAH u all.......Yang saya tak jangkakan kesemua atlet kayak adalah player baru but dapat jugak diorang emes dan perak dan juga mendapat tempat ke-2 keseluruhan plak tu...Walaupun saya menghantar seramai 12 orang atlet iaitu kategori TK sahaja tapi mampu mendapat tempat ke-2.Memang ada atlet Rowing dan K tapi kebanyakan mereka kurang lagi pendedahan,coz kite bukan nak hantar kuantiti kite nak hantar yang berkualiti bro....so saya ucapkan GOOD JOB Bro... kepada atlet kayak yang menyertai Karnival Sukan Air MASUM 2009.......

KEPUTUSAN Kayak

500 METER KEPUTUSAN
TK 1 (L) FINAL
TK 1 (W) PINGAT EMAS
TK 2 (L) KEEMPAT
TK 2 (W) PERAK

1000 METER KEPUTUSAN
TK 1 (L) PINGAT EMAS
TK 1 (W) KEEMPAT
TK 2 (L) KEEMPAT
TK 2 (W) FINAL

Atlet Kayak UiTM Malaysia
1.MUHAMMAD SYAFIQ HAKIMI MUHAMAD JASMAN
2.MUHAMMAD KHAIRUL IZWAN AZIZ
3.AINUL KAMAL AINUN MUSIR
4.AIZUDDIN AHMAD IMRAN
5.NOR HAFIZI ISHAK
6.MOHD NASRUL MOHD NASSIR
7.SITI MARIAM MOHSAN
8.NOR HAZWANA ABDUL WAHAB
9.SITI SYAFIKAH ANUAR
10.SITI NOORAISHAH ADNAN
11.JENISSA HILARY ETIL
12.ANN MITCHELL

Wednesday, May 6, 2009

Selamat hari IBU



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata....... memang betul)




Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari...... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Tuesday, May 5, 2009

Tahniah Mijan & Ain



Saya Ucapkan Selamat pengantin baru kat kawan saya Mijan dan Ain yang berlangsung pada 2 mai yang lalu.walaupun saya tidak dapat hadir semasa majlis perjahwinan meraka(sory) diatas sebab kerja namun saya hadir di majlis akad nikah meraka dan saya dapat merakamkan detik2 cemas Mijan semasa akad nikah pada malam Khamis, 30 Mei 2009,Alhamdullilah semua selamat,sekaili je bro...tu yang mijan cakap masa lepas satel akad nikah tapi sebelum tu bukan main menggelabah lagi...ha...ha....so saya doakan kebahgiaan meraka sehingga ke akhir hayat amin...