Tuesday, September 23, 2008

Sambutan Berbuka Puasa Bersama Sukarelawan Sukan Universiti Asean 2008 & KPT


Pada hari ahad pusat sukan mengadakan majlis berbuka puasa bersama ahli sukarelawan sukan universiti asean 2008 (AUG).Seramai 1000 sukarelawan yang hadir berbuka puasa .Tujuan berbuka puasa ini diadakan adalah bagi sukarelawan yang berminat dan banyak memberi kerjasama selama menjalani bengkel latihan sukarelawan sepanjang bulan ramadan.Siaran televison dari RTM juga turut hadir untuk liputan berita perdana bahagian sukan (masuk gak muka aku ari nei kat tv).Juga turut hadir wartawan dari Sinar iaitu Suzi student dari sains sukan UiTM(masuk gak muka aku dalam newspaper ari nei),majlis berakhir pada pukul 8 malam.Alhamdullillallah majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan.

Tuesday, September 16, 2008

Tak puas hati ke...? Hari Penilaian Staf & Pusat Sukan

Hari nei staf-staf dari HEP datang untuk buat pernilaian staf pusat sukan. Dia nak kan kita bentangkan ape yang kite tak puas hati pada pusat sukan,staf pusat sukan,kemudahan @ sebagainya.Kat sini boleh lah luahkan ape yang saya tak puas hati kat Pusat sukan nei....banyak lah jugak nak gosip nei...macam-macam yang saya tak puas hati.kepada kawan-kawan yang lain tak puah hati sila sampaikan kat saya tahulah saya nak sampaikan kat Orang HEP terus .Coz benda nei dirasiakan..tq kerja sama anda amat dihargai

Friday, September 12, 2008

TERIMA KASIH

Kepada penganjur yang menjayakan jamuan berbuka puasa untuk ahli Perlu & juga Ahli Alumni Perlu saya ucapkan bebenyak time kasih.....puas makan macam-macam juadah yang dihidangkan puas hati ....amalkan tradisi ini sampai bila-bila

BILA PULAK JUMUAN HARI RAYA

Thursday, September 11, 2008

Perginya Nuang



Hari selasa pada jam berapa tah...? nuang telah menghembuskan nafas yang terakhir...dan mati ditempat kejadian.Saksi yang nampak kejadian tersebut (hafiz) ternampak nuang masih terdampar di dalam akuarium namun beliau tidak menghiraukan nya kerana ingat nuang masih hidup seperti biasa.Namun pihak yang bertanggungjawab ( shawn & mei ) telah menjalankan tugas nya dengan bertindak untuk memeriksa adakah nuang masih hidup @ tidak pada keesokan harinya.Pada mula nya mei saja je nak tengok-tengok nuang, tapi nampak macam semacam je....lalu mei mengoyangkan badan nuang namun tiada tindak balas yang belaku, mei & shawn cuba berkali-kali namun nuang masih bediamkan diri, dan kemudian mei angkat nuang keluar dan melihat mata nuang kelihatan hitam legam...lalu shawn membuat keputusan yang nuang telah mati ditempat kejadian.

Kemudian terus je Mei & Shawn tanam bangkai nuang di hujung jalan tersebut.Tinggallah nuang begitu sahaja.Banyaknya kenangan Nuang di rumah seksyen 8 masa dahulu.......wa...wa......


Nuang= ular sawa

Tuesday, September 9, 2008

tak sahur dulu..

minggu lepas sesi latihan sukarelawan telah dijalankan tak ramai yang datang cuma 2000 orang je,sepatut nya 3500 orang yang hadir....its ok lah yang tak datang tu datang this week k.
latihan dijalankan pada pukul 3-6pm panas lah jugak cuaca mase tu,so sepanjang latihan dijalankan ada yang pengsan plak tak makan tengah hari he..he... just kidding.Nasib baik aku ada...aku pun bawak lah dia kat bilik rehat VIP sejuk lah skit.Kalo sorang tak pe nei sampai 6 orang yang mamai palak tu... macam2 lah dia orang nei,pompuan biasa lah.....
nak tau kenape?diorang tak sahur pagi tadi tu yang lemah,pengsan,mamailah ape lah.......
Selalu nye diorang sahur...pada pagi tu, tak pulak,so dah tau nak buat aktiviti petang tu bersahur lah dulu
so bersahur tu nikmat juga di bulan ramadan coz kite dapat lah jugak energy utk disiang hari,jangalah korang malas nak bangun sahur rajin2 kan lah diri tu bangun sahur than terus je sembahyang subuh macam aku buat selalu...he...he...