Friday, October 24, 2008

happy beday october to all my fren




Bulan oktober nei ramai kawan - kawan yang smbut hari jadi diorang seperti saya sendiri,Shawn kawan 1 umah,Abg malin ,anak Malin,Boy,lan cotek, emelia, Bro Bob, Busu saya ,fatiha Sepupu saya,Dan ramai lagi lah, so saya ucapkan selamr hari jadi pada yang lahir di bulan oktober....hapy beday to u, allah selamtkan kamu......amin,,,

Tuesday, October 21, 2008

Pertama kali jadi VIP




Hari ahad sebenarnya saya rancang nak g GP Motor kat Sepang,Tapi tak dapat g coz pelajar kokurikulum HSK 111 jemput saya sebagai Pegawai pengiring untk program mereka di Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Bangi.Saya pun buat keputusan untuk g kesana,tepat kul 11 yang dijanjikan mesti ada disana coz program bermula kul 11 acara gotong -royong.
Saya pun turut bantu skali,dalam pada masa yang sama saya pun berborak lah dengan salah seorang anak yatim disana agak kesian nasib dia coz ayah dah meninggal,emak lari ikut laki lain ,akak entah kemana hilang dan abang buat tak tau je...cian nasib dia. Nasib baik lah ada gak nenek dia yang masih bertanggung jawab pada diri dia lagi,tapi nenek dia tak mampu nak jaga dan ambil keputusan untuk hantar ke rumah anak yatim nei...alhamdullillah dia suka duduk kat sini dan pandai plak tu....

Banyak lah jugak yang saya interview diorang nei.. kebanyakannya ayah meraka sudah meninggal dunia.Yang paling kecik skali kat umah anak yatim tu umur dia 7 tahun dan yang paling besar tingkatan 4,ada lah jugak yang dah ke universiti dan 2 orang dah pergi oversee pun,bagus2 diorang walaupun diaorang dah tak ada keluarga yang tersayang untuk bantu mereka,yang ada pun 2 orang Ustat je yang banyak bantu anak2 nei semua,, boleh kata dia lah mak dia lah bapa.

Pelbagai acara yang diadakan pada hari tu seperti melukis mural,sukaneka ,gotong-royong dan suai kenal.Acara yang last2 skali penyampaian hadiah dan ucapan.Mula2 tunggu lah VIP dari UiTM nak dtng ,last2 tak dpt datang lah plak..dah saya yang kene jd VIP untuk merasmikan dan penutup acara tersebut, aduh!!! menggelabah tak tau nak ckp ape?last2 balun jelah asal kena dengan objektif program sudah.Objektif program ini adalah untuk merapatkan tali silaraturrahim sesama insan yang berlainan nasib. Dengan adanya program sebegini, kita dapat menyelami perasaan dan perjalan hidup mereka tanpa kasih sayang sebenar ibu bapa.Doakan meraka dalam golongan yang beriman amin.....

Wednesday, October 15, 2008

Jamuan hari raya HEP UiTM




Hari Selasa 14 Oktober anjuran Hal Ehwal Pelajar & Alumni 1 jamuan Hari Raya dan juga pertandingan kedai hiasan hari raya yang tercantik mengikut tema masing2 telah diadakan.Pusat sukan mengambil bahagian.Gerai kami bertemakan ARENA,yang bercirikan sukan dengan alat2 sukan yang ada dan nama hidangan yang bertemakan stadium sukan antarabangsa.Pemarkah dikira oleh hakim2 profesional dari fakulti Pengurusan Hotel.Last2 gerai kami tak menang pun... pena2t je deco cantik2 last2 group lain yang dapat...aduh sedih,,, Tapi seronak lah dapat raikan majlis nie same ngan staf2 UiTM so dapat lah kita berkenalan antara satu same lain dan mengeratkan siratulrahim sesama kita walaupun kita lain2 unit....

Monday, October 6, 2008

sambutan hari raya keluarga hussien & nona






Sampai je di Melaka pada dua hari lagi nak abis puasa, Macam-macam keje yang kene buat cat umah lah,kemas umah lah n mcm2 lagi lah penat tu....menjelang Malam bantai je ada meting untuk sambutan hari raya keluarga Hj Hissein & Hjh Nona (moyang aku). Saya ditugaskan sebagai set-up kemah
Malam raya pertama sibuk dengan masak untuk esok,menu pada hari tu... sup gear box, masak asam pedas, masak tempoyak, itik rendang dan sayur campur,ha kalo nak tau.... itu adalah masakan kegemaran aruah moyang kami,dalam kul 2 pagi jugak lah abis masak
Keesokan harinya, hari raya ke2 mase yang ditunggu tunggu, coz sebelum ini pun tak pernah buat majlis sebegini lagi pun tak pernah nak jumpe saudara2 yang lain mase sambutan ari raya cz masing-masing sibukan,tapi tak dijangka kan alhamdullillah ramai yang hadir... Syok lah tengok semua saudara2 ku yang datang berkumpul untuk meraikan majis nei... hampir 200 orang yang hadir,tu pun ada yang tak dapat datang diatas kesibukan masing2 . Pelbagai aktiviti yang diadakan mula-mula kami sekeluarga adakan marhaban beramai-ramai,doa selamat untuk aruah moyang kami dan jamuan ringan,disamping itu ucapan dari setiap keluarga yang hadir dan majlis potong kek untuk nenek-nenek.