Thursday, April 30, 2009

KENANGAN DI KELAB SHAH ALAM




Pada 21 Mac 2009 saya dan Suzi mengadakan majlis Perkahwinan kami di Kelab Shah Alam.Dan serba sedikit saya paparkan gambar tetamu dan persandinagn kami kepada u all semua.Kepada yang hadir,kami ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi datang.....TQ

Tuesday, April 21, 2009

KERJA... - KERJA......


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan biasa dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan biasa saja,
hasilnya adalah biasa saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah.... Selamat beramal......

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya ...


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Friday, April 17, 2009

EXPLORING KL






Baru2 nei saya telah dijemput skali lagi menjadi pegawai pengiring untuk kelas pengurusan acara ke KL Tower, Muzium Islam Malaysia dan juga Muzium Negara...Memang best saya diberi peluang mengikuti program nie,kerana tempat2 yang saya kunjungi nei memang tak pernah lagi saya kunjungi,so nei lah peluang saya untuk saya melawat Kuala Lumpur.Saya nei name je duk kat Selangor dah lame tapi tempat2 yang menarik kat Shah Alam dan Kl banyak lagi tak pergi,u all pun macam tu juagak kan ha..ha...,Memang menarik tempat2 yang saya lawati,macacm2 info yang saya dapat sepanjang melawat Kuala Lumpur pada ari tu...so cuti2 lah di Malaysia nei tak payah nak g melancong kat luar negara,coz melawat Melaka umpama anda melancong se Malaysia ops,,, promot Melaka plak...