Tuesday, July 28, 2009

Perasmian Sukan Antara Fakulti






Shukur semua berjalan dengan lancar perasmian SAF pada malam tu...walaupun semua student telah diumumkan balik pada hari tu jugak atas sebab jankitan virus H1N1 yang telah melanda UiTM Shah Alam dan VC telah keluarkan perkeliling cuti semester dipercepatkan pada minggu itu jugak tapi student tetap memberi sokongan pada hari perasmian tersebut,dianggarkan seramai 2500 yang hadir pada hari tersebut....thank bro...kita jumpa ditahun depan SAF 2010....

PERLAWANAN PERSAHABATAN




pada 22 Julai 2009 jam 2030 di stadium UiTM Shah Alam, staf Pusat Sukan telah beraksi bersama pasukan dari Australia, Christmas Island acara persahabatan bola sepak.Memang pasukan dari Christmas Island membuat persiapan yang terbaik sehingga dapat bertarung habis-habisan dengan pasukan staf Pusat Sukan .JUMPA LAGI......

Friday, July 24, 2009

di jemput ke perasmian SAF 2009


ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF) UiTM 2009

Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Stadium UiTM Shah Alam


7.45malam - Ketibaan Kontinjen Perbarisan

8.15 malam - Ketibaan Tetamu Jemputan

8.40 malam - Ketibaan Y. Bhg. Prof Dato’ Dr Haji Nasuddin Othman,
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)

8.45 malam - Ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah,
Naib Canselor, UiTM

8.50 malam - Ketibaan Tetamu Kehormat

8.55 malam - Nyanyian Lagu Negaraku

- Persembahan ‘Selamat Datang’

- Bacaan Doa

- Perbarisan Lintas Hormat Kontinjen

- Ucapan Aluan oleh
Y. Bhg. Prof Dato’ Dr Haji Nasuddin Othman
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)

- Ucapan Perasmian oleh
Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah
Naib Canselor UiTM

- Gimik Perasmian
- Persembahan
- Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan
- Bacaan Ikrar Kejohanan

- Tetamu Kehormat Diperkenalkan Kepada Kontinjen- Kontinjen Fakulti

- Penyampaian Cenderahati Kepada Tetamu Kehormat


- Nyanyian Lagu ‘Wawasan Setia Warga UiTM’


- Jamuan Ringan

- Majlis Bersurai

MALAKOFF DUATHLON UNIVERSITY SERIES (rank 5th)


Malakoff Universiti Duathlon Series ini diadakan pada hari Ahad (19 Julai 2009 – 9.00 pagi) bertempat di Pusat Sukan UPM, Serdang. Kira-kira 500 orang menyertai acara ini dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai kategori penyertaan seperti terbuka perseorangan, terbuka berpasukan, universiti perseorangan, dan universiti berpasukan.

Ahli UiTM Malaysia Runners’ Club (URC) bersama-sama ahli UiTM Cycling Club bertolak pada 6.10pagi dari UiTM setelah kami menunaikan solat Subuh di pusat sukan pada jam 5.50am. Acara dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi bagi kategori semua kategori sekaligus. Akan tetapi, kontinjen UiTM perlu hadir awal bagi mengambil no.bib dan juga t-shirt penyertaan. Ahli kelab melalukan ”warming up” dan ”strecthing” sebelum memulakan larian dengan tenang kerana tiba awal di tapak larian. UiTM yang hanya menghantar 5 pasukan yang terdiri dari dua pasukan lelaki, dua pasukan campuran, dan satu pasukan perempuan berjaya menamatkan perlumbaan dalam ranking ”top 10”. Ini adalah julung kalinya kerjasama antara dua kelab sukan UiTM bagi menyertai pertandingan terbuka di luar iaitu UiTM Malaysia Runners’ Club (URC) dan UiTM Cycling Club.

Monday, July 13, 2009

Tahniah Inspektor Azlan

Lan yang telah tamat PULAPOL pada 11 Julai 2009 Taniah Aku ucap kan kt hang semoga hang menjalankan tugas dengan betul cepat dan mesra ....God Job Bro.... Azlan Mokhtar, kawan aku yang pada mula nya memang payah lah kalo nak keje ngan kerajaan nei,cz dia nei memang suka keje sendiri @ pun main2 je tapi skang telah berubah menjadi seorg Pegawai Polis Yang cemerlang ...Tahniah Azlan....Sory Tak Dapat nak gi Mase ko Tamat Latihan cz ko tak g tau kat aku.... ha.... padan muka ko....

level 1 & 2 Skali lagi....






1. Tarikh : 25 Jun - 1 Julai 2009
2. Tempat : Taman Rekreasi, Ayer Keroh , Melaka
3. Masa : 6 hari 5 malam
4. Penyertaan : Seramai 30 orang pelajar UiTM
19 orang peserta lelaki
11 orang pelajar wanita

Bersyukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, Program ini telah selesai dan berjaya ditamatkan dengan jayanya. Segala usaha dan kerjasama yang erat daripada barisan penganjur yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan objektif dan matlamat program.
Program seumpama ini, seharusnya sentiasa diadakan bagi melatih dan melahirkan lebih ramai penuntut IPT terutama pelajar UiTM yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan yang berjaya dimasa hadapan. Program yang dijalankan ini banyak memfokuskan kepada aspek-aspek memotivasikan diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Program ini juga dapat membantu pihak Pusat Sukan melahirkan pelajar yang berpengalaman dan berpendidikan luas dalam rekreasi luar. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman akan diperoleh oleh pelajar sedikit sebanyak dapat dicurahkan kepada generasi yang akan datang.