Tuesday, October 21, 2008

Pertama kali jadi VIP




Hari ahad sebenarnya saya rancang nak g GP Motor kat Sepang,Tapi tak dapat g coz pelajar kokurikulum HSK 111 jemput saya sebagai Pegawai pengiring untk program mereka di Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Bangi.Saya pun buat keputusan untuk g kesana,tepat kul 11 yang dijanjikan mesti ada disana coz program bermula kul 11 acara gotong -royong.
Saya pun turut bantu skali,dalam pada masa yang sama saya pun berborak lah dengan salah seorang anak yatim disana agak kesian nasib dia coz ayah dah meninggal,emak lari ikut laki lain ,akak entah kemana hilang dan abang buat tak tau je...cian nasib dia. Nasib baik lah ada gak nenek dia yang masih bertanggung jawab pada diri dia lagi,tapi nenek dia tak mampu nak jaga dan ambil keputusan untuk hantar ke rumah anak yatim nei...alhamdullillah dia suka duduk kat sini dan pandai plak tu....

Banyak lah jugak yang saya interview diorang nei.. kebanyakannya ayah meraka sudah meninggal dunia.Yang paling kecik skali kat umah anak yatim tu umur dia 7 tahun dan yang paling besar tingkatan 4,ada lah jugak yang dah ke universiti dan 2 orang dah pergi oversee pun,bagus2 diorang walaupun diaorang dah tak ada keluarga yang tersayang untuk bantu mereka,yang ada pun 2 orang Ustat je yang banyak bantu anak2 nei semua,, boleh kata dia lah mak dia lah bapa.

Pelbagai acara yang diadakan pada hari tu seperti melukis mural,sukaneka ,gotong-royong dan suai kenal.Acara yang last2 skali penyampaian hadiah dan ucapan.Mula2 tunggu lah VIP dari UiTM nak dtng ,last2 tak dpt datang lah plak..dah saya yang kene jd VIP untuk merasmikan dan penutup acara tersebut, aduh!!! menggelabah tak tau nak ckp ape?last2 balun jelah asal kena dengan objektif program sudah.Objektif program ini adalah untuk merapatkan tali silaraturrahim sesama insan yang berlainan nasib. Dengan adanya program sebegini, kita dapat menyelami perasaan dan perjalan hidup mereka tanpa kasih sayang sebenar ibu bapa.Doakan meraka dalam golongan yang beriman amin.....