Friday, July 24, 2009

MALAKOFF DUATHLON UNIVERSITY SERIES (rank 5th)


Malakoff Universiti Duathlon Series ini diadakan pada hari Ahad (19 Julai 2009 – 9.00 pagi) bertempat di Pusat Sukan UPM, Serdang. Kira-kira 500 orang menyertai acara ini dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai kategori penyertaan seperti terbuka perseorangan, terbuka berpasukan, universiti perseorangan, dan universiti berpasukan.

Ahli UiTM Malaysia Runners’ Club (URC) bersama-sama ahli UiTM Cycling Club bertolak pada 6.10pagi dari UiTM setelah kami menunaikan solat Subuh di pusat sukan pada jam 5.50am. Acara dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi bagi kategori semua kategori sekaligus. Akan tetapi, kontinjen UiTM perlu hadir awal bagi mengambil no.bib dan juga t-shirt penyertaan. Ahli kelab melalukan ”warming up” dan ”strecthing” sebelum memulakan larian dengan tenang kerana tiba awal di tapak larian. UiTM yang hanya menghantar 5 pasukan yang terdiri dari dua pasukan lelaki, dua pasukan campuran, dan satu pasukan perempuan berjaya menamatkan perlumbaan dalam ranking ”top 10”. Ini adalah julung kalinya kerjasama antara dua kelab sukan UiTM bagi menyertai pertandingan terbuka di luar iaitu UiTM Malaysia Runners’ Club (URC) dan UiTM Cycling Club.

No comments: