Monday, July 13, 2009

level 1 & 2 Skali lagi....






1. Tarikh : 25 Jun - 1 Julai 2009
2. Tempat : Taman Rekreasi, Ayer Keroh , Melaka
3. Masa : 6 hari 5 malam
4. Penyertaan : Seramai 30 orang pelajar UiTM
19 orang peserta lelaki
11 orang pelajar wanita

Bersyukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya, Program ini telah selesai dan berjaya ditamatkan dengan jayanya. Segala usaha dan kerjasama yang erat daripada barisan penganjur yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan objektif dan matlamat program.
Program seumpama ini, seharusnya sentiasa diadakan bagi melatih dan melahirkan lebih ramai penuntut IPT terutama pelajar UiTM yang berwawasan dan tahan lasak dalam menghadapi kehidupan yang berjaya dimasa hadapan. Program yang dijalankan ini banyak memfokuskan kepada aspek-aspek memotivasikan diri untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Program ini juga dapat membantu pihak Pusat Sukan melahirkan pelajar yang berpengalaman dan berpendidikan luas dalam rekreasi luar. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman akan diperoleh oleh pelajar sedikit sebanyak dapat dicurahkan kepada generasi yang akan datang.

1 comment: