Wednesday, August 12, 2009

ANNUAL MALAYSIA – THAILAND VARSITY GAMES 2009






UiTM telah menghantar pasukan Futsal Wanita dan Sepak Takraw Lelaki dalam Sukan Annual Malaysia-Thailand Varsity Games 2009.Seramai 24 orang permain iaitu Futsal wanita 10 orang dan Sepak Takraw lelaki 12 orang telah didaftarkan. Pasukan Futsal wanita diketuai oleh saya sendiri sebagai Pengurus Pasukan dan En. Saidin Osman sebagai Jurulatih Pasukan dan Pasukan Sepak Takraw lelaki diketuai oleh En. Mohd Fisol Hj. Saud sebagai Pengurus Pasukan dan En Abdul Rahim Hussien sebagai Jurulatih Pasukan.
Ini adalah kali pertama saya menjejak kan diri ke negara jiran,memang best kebudayaan di Thailand macam -macam yang saya dapat sepanjang berada di Thailand. Tujuan kami semua kesana adalah kerana menyertai perlawanan persahabatan dengan Universiti sukan terbaik di Thailand iaitu Burapha Universiti,Burapha universiti merupakan unuversiti yang berjaya didalam arena sukan dikalangan universiti yang lain kerana universiti ini banyak melahirkan atlet-atlet negara meraka dan universiti ini juga mempunyai Fakulti sains sukan yang terbaik .Disamping itu juga tujuan perlawanan ini diadakan adalah, kita dapat mengeratkan siratulrahim diantara pelbagai kaum dan bangsa,hadiah kecermelangan sukan kepada pasukan yang berjaya di sukan MASUM dan kerjasama pengeratan sukan diantara 2 negara Malaysia - Thailand.

2 comments:

PPT said...

Aikk....
Macam ada kisah dan peristiwa yang tertinggal la dalam coretan nie...

PPT

ima_yo said...

betoi bro..saye pown rase cam tuh..apis...apis...hukhuk