Thursday, October 15, 2009

VASITY BOAT RACE






Sekali lgi saya membawa pasukan UiTM kejohanan kayak kali ini di peringkat antara bangsa.Saya rasa berpuas hati pada kejohanan kali ini kerana UiTM mendapat cabaran dari Universiti luar negara.Kejohanan kali ini telah banyak memberi kesedaran kepada atlit dan pengurusan. Di antara faktor lain yang harus di titik beratkan ialah, kemajuan dan peningkatan pasukan IPT lain yang semakin ketara seperti MSPM,UAIM dan UTHM yang dahulunya agak ketinggalan. Pasukan – pasukan yang menjadi pilihan dalam sukan ini seperti UM, UTM dan UPSI juga agak tergugat dengan peningkatan pasukan yang tersebut di atas, banyak keputusan yang tidak di jangka telah berlaku dalam kejohanan kali ini.Malahan ada juga jemputan dari Universiti luar negara seperti Ateneo Universiyi Filipina, Burapha Universiti Thailand , Chaiang Mai Universiti Thailand , Kasetsart Universiti Thailand dan Universitas Pendidikan Indonesia yang banyak memberi saingan pada Universiti yang lain.

Oleh yang demikian UiTM sendiri tidak mahu terus ketinggalan dan di perkecilkan oleh pasukan dalam negara mahupun luar negara. Beberapa program pembangunan telah di rancang dan bakal di laksanakan pada semester akan datang bagi memastikan UiTM menjadi salah satu pasukan yang tidak boleh lagi di pandang rendah pada kejohanan akan datang Di harapkan pihak pengurusan terus memberi peluang dan kepercayaan serta menyokong usaha ini demi memastikan UiTM cemerlang dalam semua bidang sukan.


Atlit UiTM

-Aizuddin Ahmad Imran & Mohd Nasrul Mohd Nasser Men Touring Kayak Double (MTK2)
1000 meter Final – Rank 6
-Siti Sharifah Anuar Women Touring Kayak Single (WTK1)500 meter Local
Universities Silver
-Norhafizi Ishak Men Touring Kayak Single (MTK1)500 meter
-Faizah Firdaus fauzi Women Kayak Single (WK1)500 meter
International Invitation Universities – Bronze
Local Universities - Silver
-Mohd Asirullah Kamar & Adam b Idris Men Kayak Double (MK2)1000 meter
International Invitation Universities-Gold
Local Universities - Gold
-Mohamad Halim salleh Men Kayak Single (MK1)1000 meter
International Invitation Universities – Bronze
Local Universities - Silver

No comments: